Isu panas bulan ini ialah cubaan pengambilalihan KNM Group Berhad daripada Tunku Yaacob Khyra Pengerusi KNM Group dengan jutawan Jerman Andreas Heeschen yang bersekongkol dengan Kenneth Vun untuk merampas KNM Group

Tujuannya mudah beli KNM Group Bhd dengan harga saham murah bawa ke EGM dan cuba pecat Lembaga pengarah lama untuk digantikan oleh pengarah yang pro Andreas Heeschen dan Kenneth Vun.

Selepas mendapat KNM Group, Andreas Heeschen akan menjual Borsig Group asset KNM yang sangat berharga bernilai €300 juta (RM1.5 bilion) demi mengaut keuntungan lumayan yang akan merugikan pemegang saham dan pemiutangnya.

Portal FMT, The Edge dan The Corporatesecret menyiarkan kemelut ini.

Semua ini akan berlaku 16 Oktober nanti. Sama ada Andreas Heeschen yang dilaporkan mempunyai kes jenayah di luar negara dan Kenneth Vun pemanipulasi saham yang pernah didakwa di mahkamah berjaya menyingkirkan Tunku Yaacob Khyra. Inilah cara Kenneth Vun!

Siapa tidak kenal Kenneth Vun penipu dan penjenayah saham Malaysia!. Pencuci wang haram professional.

Pada Mei lalu Yang Dipertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan sempat merasmikan Restoran Meet Bros Steakhouse, restoran stik halal dengan citarasa Asia yang terletak di Craven Road, Paddington London. Restoran ini bekerjasama dengan restoran tempatan iaitu Me’nate Steak Hub dimiliki Palace Butcher Resources dan Serai Group bagi restoran Serai dan Jibby & Co.

Agong memiliki saham dalam syarikat bukan lagi rahsia. Sebelum ini  media mengumumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meningkatkan pegangan dalam Citaglobal Bhd dengan menguasai kepentingan 12.4 peratus, meningkat daripada 9.0 peratus. Al-Sultan Abdullah memiliki kepentingan langsung sejumlah 132,118,593 unit saham.

Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria merupakan pemegang saham terbesar dalam Citaglobal Berhad iaitu 175.2 juta saham atau 16.5 peratus.

Atas sebab itu Kenneth Vun dan orang-orang kanannya cuba untuk akses dengan Yang DiPertuan Agong bagi menjual mana-mana kepentingan syarikat dikuasai Mafia Korporat di negara ini.

Kenneth Vun cuba tipu Agong

Agong ketika di London bertemu ramai pihak. Sumber memaklumkan Pengarah LKL International Bhd memohon mengadap kepada Yang Dipertuan Agong berhubung cadangan penjualan kepentingan LKL International Bhd (LKL) kepada pihak Yang Dipertuan Agong.

LKL International adalah pembekal aksesori, peralatan dan katil perubatan kesihatan selain  perniagan dalam sektor sarung tangan getah dan alat pelindung diri (PPE). Ketika Covid-19, LKL banyak mendapat projek Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun selepas mengetahui pihak yang bertemu Agong ialah Mafia Korporat Kenneth Vun bersama pengarah LKH, Yang DiPertuan Agong tidak berkenan mengadakan perjumpaan itu dan menolak kerjasama dengan Mafia Korporat Kenneth Vun yang terkenal menipu dan memanipulasi saham di negara ini. Agong menghalau Kenneth Vun. Agong sedar dengan kumpulam Mafia Korporat yang kecoh baru-baru ini dalam media melibatkan Victor Chin Boon Long.

Bukan itu sahaja lembaga pengarahnya juga ialah Peguam Mafia Korporat terkenal seperti Datuk Chong Loong Men.

Pemegang saham terbesar ialah BIOALPHA HOLDINGS BERHAD melalui Botanical Distribution Sdn. Bhd juga syarikat yang dikuasai Kenneth Vun. Pengarahnya adalah Chong Loong Men dan Hon Tian Kok @ William. Kenneth Vun menguasai syarikat-syarikat ini menggunakan broker Sanston Financial Group Limited dan Lazarus.

ARTIKEL BERKAITAN;

LKL International suku ke tiga berakhir 30 Jun mengumumkan kerugian bersih RM7.5 juta.

6 Jun lalu LKL International untuk memperkuatkan kabel LKL, Kenneth Vun melantik Dato’ Haji Mohd Yazid Haji Mustafa Bekas Hakim Mahkamah Tinggi sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif.

LKL International syarikat yang gemar mengumumkan pelbagai MOU kerjasama atau pembekalan produk namun membatalkan MOU semata-mata bagi tujuan publisiti media bagi ‘menggoreng’ saham-sahamnya. Misalnya MOU antara LKL dan Serv Medical untuk tujuan penjualan, pemasaran, promosi produk atau perkhidmatan perubatan Serv Medical. Begitu juga LKL dan Medik Gen bagi pembangunan pasaran iRinger, peranti perubatan berasaskan IoT dan lain-lain lagi.

Agong mempunyai maklumat mencukupi mengenai syarikat-syarikat yang dikuasai Mafia Korporat dari Victor Chin Boon Long hingga Kenneth Vun. Sebarang syarikat yang mempunyai perkaitan dengan kongsi gelap, pencuci wang haram dan pemanipulasi saham pasti boleh menjejaskan nama baik Agong.

LAIN-LAIN-