Sesi gelap dunia korporat jarang didedahkan kepada rakyat. Jika ada pun banyak disiarkan banyak dalam Bahasa Inggeris. Namun baru-baru ini ada portal korporat yang mendedahkan sisi dunia Mafia Korporat yang dikuasai oleh beberapa individu di negara ini memanipulasi saham dan menguasai syarikat iaitu Victor Chin Boon Long, Jacky Pang Chow Huat, Datuk Eddie Cha Woon Chet dan legenda saham terkenal  Kenneth Vun@ Vun Yun Lun.

Seorang Peguam bernama Chong Loong Men bekas DPP AG/SC menyelaraskan semua ketua-ketua pemain manipulasi saham ini. Beliau turut diberi saham dalam semua syarikat Victor Chin Boon Long, Jacky Pang Chow Huat dan Kenneth Vun@ Vun Yun Lun.

Datuk Chong Loong Men

Kenneth Vun@ Vun Yun Lun

Victor Chin dan Jacky Pang Chow Huat sudah biasa didengar namun Kenneth Vun@ Vun Yun Lun selepas beliau didakwa tahun 2009 dan 2014 beliau lebih banyak berlindung disebalik proksi-proksinya untuk memanipulasi saham di negara ini. Siapa tidak kenal Kenneth Vun@ Vun Yun Lun legenda pemanipulasi saham di zamannya sehingga digelar sebagai ‘John Soh’.

John Soh Chee Wen seorang lagi Ahli perniagaan Malaysia terkenal dijatuhi hukuman penjara 36 tahun di Singapura kerana terlibat dalam kes manipulasi pasaran saham terbesar republik itu sehingga mengakibatkan kerugian S$8 bilion (RM27 bilion) pada 2013. John Soh melakukannya di Singapura tetapi Kenneth Vun@ Vun Yun Lun seorang ahli perniagaan kelahiran Sabah melakukannya berbilion ringgit di Kuala Lumpur.

FTEC 2009-2011

Berpuluh syarikat atau mungkin beratus syarikat dalam penguasaannya ketika memanipulasi saham di negara ini namun yang hanya tertangkap ialah FTEC Resources Berhad (FRB) (2009) dan DVM Technology Bhd (2014).

Namun apakah Kenneth Vun@ Vun Yun Lun berhenti, insaf atau takut? ternyata tidak beliau melatih budak baru anak taukeh balak Sabah iaitu Datuk Eddie Cha Woon Chet yang banyak menggerakkan syarikat, saham dan hartanya. Sebelum itu adik beradiknya Carol Vun Nei dan Grace Vun Siaw Nei namun dilihat ketara maka beliau menggunakan budak seperti Mak Siew Wei (Saudee), Nicholas Wong Yew Khid dan Tay Ben Seng, Benson (Focus Dynamics Group).

Datuk Eddie Chai Woon Chet (Anzo Holdings Berhad), Advance Information Marketing Bhd (AIM), Fintech Global Berhad, XOX Berhad, Oversea Enterprise, Green Ocean dan lain-lain lagi. Kenneth Vun dan budak-budaknya juga memiliki saham dalam syarikat yang dikuasai oleh Datuk Jacky Pang Chow Huat seperti Sanichi Berhad, Computer Form (M) Berhad, MNC Wireless Berhad dan Flitters Berhad.

Pembongkaran Skandal Penny Stock The Edge

Rakyat semakin lupa tentang pemain saham seperti Kenneth Vun namun diperingatkan semula selepas The Edge mendedahkan skandal Penny Stock melibatkan Victor Chin Boon Long, Jacky Pang Chow Huat, Datuk Eddie Cha Woon Chet dan tok gurunya  Kenneth Vun@ Vun Yun Lun.

Dua artikel tersebut ialah:

Hidden Hands Behind Penny Stocks Surge Under Scrutiny – April 12, 2021 (Tangan Tersembunyi Di Sebalik Stok Penny Melonjak Dibawah Penelitian Rapi)

Hidden Hands Behind Penny Stock Surge – Sept 21 2020 (Tangan Tersembunyi Di Sebalik Lonjakan Saham Penny).

Pendedahan puluhan syarikat bawah kawalan Kenneth Vun@ Vun Yun Lun, Jacky Pang Chow Huat dan Datuk Eddie Cha Woon Chet menyebabkan beberapa syarikat bawah kawalan Datuk Jacky Pang dan Kenneth Vun seperti Metronic Global Bhd, DGB Asia Bhd, Trive Property Group Bhd, Metronic Global Bhd, dan MNC Wireless Bhd yang Pengarah Eksekutifnya Datuk Kua Khai Shyuan membuat laporan polis yang mendakwa artikel berkenaan mencemarkan reputasi mereka.

Dato‘ Kua Khai Shyuan budak Jacky Pang bukan lagi satu rahsia umum. Akibat laporan itu Editor Emiritus The Edge Communications Sdn Bhd, Ahmad Azam Mohd Aris didakwa di mahkamah majistret pada 13 September 2022 di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas tuduhan memfitnah jenayah berhubung dua laporan berita mengenai lonjakan tidak normal dalam saham `penny’ pada 2020 dan 2021.

Hakikatnya bukankah dalam saham `penny’ pada 2020 dan 2021 lonjakan luar biasa berlaku oleh syarikat yang disebutkan di atas? Namun Suruhanjaya Sekuriti tidak bertindak apa-apa.

Dalam pendedahan itu manipulasi saham juga banyak menggunakan akaun luar pesisir seperti Credit Suisse Group AG, HSBC Nomminee(Asing) Sdn Bhd), UBS Group AG (Citibank Nominee (Asing) Sdn Bhd), akaun nominee Maybank Kim Eng Securities Pte Ltd, CGS-CIMB Securities (Hong Kong) Limited, Barclays Bank PLC, and, DB (Malaysia) Nominee (Asing) Sdn Bhd– Exempt An for Nomura PB Nominees LTD

Bagaimanapun dalam kes Kenneth Vin beliau jelas menggunakan khidmat Sanston Financial Group Limited dan Lazarus Securities PTY LTD. Manakala penama proksi pula biasanya Carol Vun On Nei, Mak Siew Wei, Tay Ben Seng Benson, Chong Loong Men, Tang Boon Koon, Datuk Eddie Chai Woon Chet. Kong Kien Yong dan Roy Ho Yew Kee.

Ada banyak lagi syarikat Kenneth Vun termasuk yang digunakan oleh Jacky Pang

Key Alliance Group Berhad nama baru bagi DVM Technology Berhad yang pernah didakwa oleh Suruhanjaya Sekuriti melibatkan Kenneth Vun. Pemegang saham terbesar dalam XOX Berhad dan XOX Network Bhd (Macpie).

Semua syarikat ini ada Sanston Financial Group Limited & Lazarus Securities
untuk manipulasi saham

Mak Siew Wei merupakan orang kanan kepercayaan Kenneth Vun begitu juga Peguam Chong Loong Men, Tay Ben Seng dan Eddie Chai.

Tay Ben Seng , Benson dan Datuk Eddie Chai Woon Chet

Roy Ho Yew Kee pula antara Pengarah yang sering bersama adiknya Grace Vun Siew Nei misalnya dalam Komarkcorp Berhad dan Cheetah Holdings Berhad. Ini bermakna mana-mana di bawah nama Grace Vun Siew Nei, Roy Ho Yew Kee, Tan Bay Seng dan Mak Siew Wei adalah 100 peratus bawah kawalan Kenneth Vun.

Komarkcorp Berhad

30 Pemegang saham Komarkcorp. Key Alliance Group pemilik saham majoriti dalam Komarkcorp

Pasukhas Group Berhad dibawah Mak Siew Wei pula merupakan syarikat ‘penyimpan wang’ hasil manipulasi saham oleh Kenneth Vun dan rakan-rakannya.

Kenneth Vun@ Vun Yun Lun dulu dikatakan hanya pemanipulasi saham untuk mengaut berjuta keuntungan namun hari ini selepas berkawan dengan Chong Long Men dan Dato’ Sri Lim Kok Han (Dato’ Teleng’) beliau sudah mula bermain jahat dengan rakan-rakan perniagaannya dalam syarikat yang dikuasai mereka.

Kenneth Vun sudah pandai menggunakan SPRM untuk menjatuhkan kawan dan pesaingnya.

Lambat atatu cepat Kenneth Vun@ Vun Yun Lun pasti terheret sama dan akan keluar dari gua selepas lama menyepi.