Politik Malaysia ni sangat pelik. Sebulan ni Perikatan Nasional berdendang Kerajaan Perpaduan akan tumbang bertukar. SD dah cukup sehingga 130 SD. Langkah Dubai mereka akui dan besar-besarkan. Kerajaan terus bertukar tanpa UNDI TIDAK PERCAYA. Mereka juga menjual nama Agong kononnya akan bersetuju dengan PN.

Namun selepas didedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainudin, Hamzah Zainuddin didalangi Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) CUBA merasuah Agong RM1 bilion nampaknya Tun Dr Mahathir, Hamzah, pemimpin PN dan siber tropernya melompat kepanasan.

Apakah makna CUBA? yang cuba mahu merasuah Agong ialah Mahathir dan Hamzah melalui dana Daim dibantu Tengku Zafrul tetapi pastinya Agong tidak akan menerimah rasuah sedemikian rupa.

Kerana Agong tidak menerima rasuah maka Agong terima mengadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim PM10 untuk terus memerintah negara. Agong Malaysia punya integriti yang tinggi tak mungkin termakan dengan rasuah orang seperti Dr Mahathir dan Tun Daim. Yang Dipertuan Agong sekarang akan tamat khidmatnya 31 Januari 2024 maka sudah tentu PN tidak akan sempat untuk mendapatkan titah melaksana Sidang Dewan Khas untuk UNDI TIDAK PERCAYA.

Maka hari ini semua Tun Dr Mahathir dan Pemimpin PN sedang sibuk membincangkan mengenai PERCUBAAN RASUAH Agong.

Tun M mencabar membuktikan dia merasuah Agong. Dia minta penulils tampil ke depan.

Muhyiddin yang senyap bulan ni menunggu dan lihat kempen menjatuhkan Kerajaan Perpaduan terbangun dari tidur apabila PN dituduh mencuba membayar RM1bilion kepada Agong. Muhyiddin Yassin juga menyelar dan mula menggunakan nama Agong menyalahkan PH bahawa CUBAAN rasuah kepada Agong satu penghinaan. Tapi Muhyiddin pun tak tahu siapa penulis artikel. Entah-entah orang PN juga.

Budak-budak Hamzah Zainudin juga acah-acah lapor polis tentang tuduhan CUBA merasuah Agong. Tapi mereka lupa yang cuba merasuah itu ialah Perikatan Nasional.

Bagi Tengku Zafrul nampaknya ada bagi pihak menjawabnya. Setakat ini tiada kenyataan bertulis mengenai penafiannya.

Jika sekarang Agong sudah menitahkan agar PM Anwar meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri maka tidak relevan lagi PN yang cukup SD mengatakan Kerajaan Perpaduan jatuh. Sepatutnya PN buktikan jumlah yang ada agar Sidang Dewan Parlimen dapat disegerakan untuk UNDI PERCAYA.

Bukankah kenyataan cukup kerusi dan SD itu juga fitnah dan menghina Yang Dipertuan Agong kerana tidak mungkin PM jatuh tanpa meletak jawatan atau UNDI TIDAK PERCAYA di Parlimen.

Kerajaan perpaduan meminta siasat dakwaan CUBA rasuah RM1 bilion untuk tubuhkan kerajaan. Hari ini PN pula panas minta siasat dana RM1 bilion.

Maka biarlah kerajaan siasat dakwaan itu. Lagipun yang CUBA bayar rasuah ialah Tun M, Hamzah dan Daim..

Agong Malaysia sudah tentu disinggah sana dengan integriti tinggi. Terima kasih Tuan Ku menolak PN.