Siapakah Kolonel Shane Chin sebagai proksi di syarikat Advance Defence System (ADS) yang dikatakan sangat berkuasa membeli pegawai-pegawai tentera di MINDEF !!

Syarikat ini dimiliki oleh Euvin Tan, iaitu anak kepada Vincent Tan. Sebuah syarikat yang tiada pengalaman yang diberikan tender meriam LG1 MKIII 105mm secara runding terus pada 2018!

Untuk pengetahuan, ADS adalah pembekal bagi meriam LG1 MKIII 105mm dan beberapa kontrak lain yang bernilai ratusan juta ringgit sejak 2018 di MINDEF.

Setelah skandal pembelian Meriam SPH 155mm bernilai RM 854 juta ringgit secara runding terus oleh syarikat MA Analytics dibatalkan pada bulan Disember 2022, MOF membuat keputusan supaya perolehan ini dilakukan secara tender terhad.

Tiga Jawatankuasa Teknikal, Syarikat dan Kewangan telah diwujudkan pada bulan Julai 2023 oleh tentera darat untuk membuat spesikasi dan butiran tender Meriam SPH 155mm tersebut. Sudah pastinya menjurus ke arah kemenangan syarikat ADS kerana sudah di beli dengan wang judi! Cuba tanya mana2 pegawai atau tentera pangkat rendah di bahagian Artileri Tentera Darat, semua kenal dengan ADS! Pegawai atasan tentera yang telah di beli dengan wang judi ini sanggup memberikan markah tinggi sedangkan sistem yang diberikan tidak memenuhi spesifikasi keselamatan.

Antara spesifikasi tersebut adalah kabin pemandu meriam yang sepatutnya dilengkapi dengan Cabin Protection Stanag 2 tetapi telah dibuang semata2 ingin menewaskan pesaing lain dari segi minimum berat kenderaan. Produk 155mm Ceasar dari syarikat Nexter ini telah beberapa kali gagal semasa uji nilai oleh TDM tetapi masih di RANKING PERTAMA dengan berbezaan markah 40% lebih tinggi berbanding SEMUA syarikat lain.

Sedangkan laporan kerosakan dan permasalahan oleh “User” di lapangan dikatakan mengalami pelbagai masalah berkaitan pembelian lepas iaitu 105mm tetapi disorok di bawah karpet! Sekarang jawatankuasa yg dilantik sedang cuba memenangkan ADS dari segi spesifikasi teknikal.

Meriam 155mm Self-Propelled Howitzer (SPH)

Jika ADS sekali lagi membekalkan sistem meriam yang bermasalah, pengguna di bawah bakal menghadapi masalah yang besar dan membahayakan nyawa dan negara.

Persoalannya, adakah Tauke Judi secara KEBETULAN terlibat dalam filem Malbatt Misi Bakarra mempunyai misi yang lain?

SEBELUM INI: MA Analytics Sdn Bhd Milik Keluarga Bekas Timbalan Menteri Pertahanan PN, Ikmal Hisyam Abdul Aziz tidak puas hati

Menurut sumber Ikmal Hisyam MP bersatu-PN yang mendapat projek itu sebelum ini tidak berpuas hati Projek Runding Terus Meriam 155mm Self-Propelled Howitzer (SPH) Kepada Syarikat MA Analytics Sdn Bhd dibatalkan kerajaan.

Maka mereka yang menyertai tender itu juga mendedahkan butiran tender itu melalui akses dalaman mereka sebelum ini.